Tuesday, 1 May 2012
Malas itu jahat
Semenjak dua menjak ni sifat malas makin menjadi-jadi. Malas dia lain macam punya malas. Memang melampau gila babeng la perasaan malas tu. Dari detik nak pejam mata sampai la bukak mata balik. Ada time tu nak tido pun rasa malas. Malas dia variety. Macam-macam jenis malas ada. Malas nk mandi, malas nk berak, duduk baru 2 saat malas nk bangun balik, malas nak ikat tali kasut, malas nak bukak pintu. Eh memang pelbagai la. Kelas jangan cakap la. Memang malas nak pegi. Kadang-kadang timbul perasaan, sampai bila nk jadi macam ni? umur dah puluhan tahun. Bukan belasan lagi. Nanti dah kahwin macam mana? Malas la nak berasmara. Macam tu? Tapi yang tu takkan ada rasa malas. Confirm. Malas ni perangai syaiton! Jangan amalkan. Kalau malas datang halau cepat-cepat. Semua ni pasal attitude. Malas tu attitude. Boleh ubah. Selagi ada masa, ubah lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
ReplyDelete(malas aku nak komen)