Farhan(bukan nama sebenar) seorang pemuda kurus hodoh yang mempunyai tulang rusuk tersembul merupakan seorang pelajar IPTA di perlis. Sikap Farhan yang kadangkala atau boleh dikatakan sentiasa menyakitkan hati amat dibenci oleh kawan serumahnya Jol.(ini aku) yang sangat-sangat kacak dan berkulit halus.
Jol sangat rajin mengemas rumah. Boleh dikatakan sejam sekali beliau akan mengemop lantai rumah dan menyapu sawang di siling rumah. Sejam sekali bunyi macam melampau. Okay, sehari sekali. Puas hati?
Disebabkan Farhan seorang kurus yang pemalas, berbeza dengan orang kurus yang lain dimana kebiasannya orang-orang kurus ini ringan tulang. Kerana 90% isi badan mereka adalah tulang. Jol terpaksa membasuh pinggan dan menguruskan hal2 kehidupan seharian Farhan. Tapi ada pepatah kata, 'Ah berlomak aku nk buat semua kerja kau!'.
Jol hilang sabar lalu melempang muka Farhan. Kenapa lempang? ini adalah kerana teori penumbuk dibalas penumbuk tapi pelempang? tak tahu nak balas dengan apa.
setelah terkena pelempang padu daripada Jol, Farhan termangu seketika. Mata berpinar-pinar dan otak menjadi buntu. Dia seakan-akan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Terpinga-pinga beliau. Di atas kepala beliau terkeluar awan yang bertulis "pelempang? How do i react?" .Beliau hanya mampu duduk dan menangis teresak-esak. Maka benar lah teori bahawa pelempang mendorong kepada konfiusisme.
ini Farhan. Annoying bukan?
Monday, 30 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahahhaaa......klaka!!! ^_^
ReplyDeleteApabila terkena pelempang, secara otomatik hempedu manusia akan merembeskan sejenis cecair likat yg dinamakan "phyzholephinia" yg berfungsi untuk memberi tindakbalas kepada otak sama ada untuk membalas lempangan itu atau duduk di hadapan pembakar roti sambil memikirkan dosa silam.
ReplyDelete