Terkenangkan masa depan. Kadang rasa tidak selamat. Kita bukan tahu nasib kita nanti. Apa bertuahkah? Apa senangkah? Apa berjayakah? Apa mahsyurkah? Atau, apa kita berduka? Jatuh miskin? Ditimpa bala? Gagal? Hidup susah?
Makin kerap difikir, makin risau jadinya. Makin kerap dikaji, makin tak menentu jadinya. 20 tahun akan datang. Apa kita masih diri kita? Apa kita masih berpegang pada ajaran kita? Apa kita masih ingat pesan ibu bapa kita? Semuanya ada kebarangkalian. Kebarangkalian paling sahih, apa masih bernafaskah kita? Sempatkah kita mencapai 20 tahun lagi? Atau kita cuma tinggal 20 hari, 20 jam, 20 minit, 20 saat? Tiada siapa tahu. Hanya yang di atas maha menentukan segalanya.
Kita, manusia biasa. Kadang terlupa, kadang beringat. Asyik fikirkan mahu hidup selesa, sampai lupa ada kemungkinan hidup terpinggir. Asyik berhibur, kejar keseronokan dunia, sampai lupa apa tuhan perintahkan. Bukan menuding jari sepuluh ke arah lain. Tuding ke arah sendiri. Masih banyak perkara yang tidak patut terus dilakukan. Ada banyak perkara patut tidak dilakukan. Mungkin masih berasa selesa.
Mungkin masih belum kecewa.
Mungkin masih lalai.
Mungkin masih cuai.
Umur meningkat setahun, uban bertambah sehelai, jantung kadang berdegup perlahan. Masih mahu lalai?
Kalau masih, teruskan.
Kalau letih, hentikan.
Tuesday, 2 May 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)