Tuesday 25 December 2012

Serius

" Nampak macam serius, tapi tiba tiba gelak. Tak betul kot orang tu. "
benda serius ni subjective sangat. sebab dia ada semacam jenis perasaan juga. perasaan nak serius. perasaan kan tu.

serius ni ikut jenis orang. ada orang pesen dia nampak macam bodoh bodoh gelak gelak sampai menjejeh air liur dia. padahal dia tengah serius tu. ada pulak pesen bila serius muka nak ketat, berkerut kerut dahi, mata merah macam nak telan orang. 
kadang benda serius ni kita tak boleh nak ambik serius sangat. kalau ambik serius tahap gila babi punya serius, mau gila kau nanti.
bila kita deal dengan benda serius ni, kita kena relax. kalau merokok, kita light rokok barang sebatang dua, hembus perlahan lahan. take time, jangan kelam kelibut.

kadang ada jadi orang tu punya serius masa dia dealing dengan benda serius. hujung hujung tak jadi. orang yang nampak macam tak ambik port langsung pasal benda serius tu pulak, dia punya after effect dia power.
aku kalau deal dengan benda serius ni, aku relax je. aku duk cangkung jap, light rokok, berak dulu. 
macam sekarang ni. minggu depan aku dah exam. aku boleh rilex lagi wat kool tulis blog ni. nampak tak?
belum pernah lagi aku jadi serius berkerut terlipat lipat dahi. benda semua boleh settle. kita wat lek bukan maksud kita tak serius. kita serius dengan cara kita sendiri. buat apa nak stress bagai. tenang sudah.

tahap keseriusan kita tu jugak bersangkut paut dengan tahap keseriusan benda yang kita deal tu.
contoh macam kahwin kan. jangan tak serius pulak. jangan time tok kadi tu salam nak nikahkan kau, kau pegi cabut serban dia, kau campak lepas tu kau lari. sambil lari tu kau jelir lidah kat tok kadi tu sambil cakap "wekkk tak dapat kejar". memang maut menanti kau lepas tu. itu bukan tak serius. itu bebal.

Kalau ikut peringkat umur baya baya aku sekarang ni, dah nak masuk 23, banyak benda nak kena serius. kau punya study, kau punya job, kau punya tanggungjawab dekat mak bapak dengan adik beradik, kau punya relationship, kau punya perancangan masa depan. banyak gila. tapi ingat, kita kena rilex, senyum, buat peace kembung pipi. 

Berpada pada

Tolong menolong, bantu membantu, ringankan beban itu benda yang mulia. Adab berkawan tolong menolong. Tolong menolong itu bukan hanya terbatas pada dasar persahabatan sahaja. Tetapi pada dasar sesama manusia. Tak kira warna kulit hitam atau kuning langsat atau coklat pekat.

Kita juga mungkin akan meminta pertolongan satu hari nanti. Mungkin besar, mungkin kecil.
Harus diingat. Tidak salah menolong asalkan tidak membebankan diri sendiri. Ini sedangkan diri lagi susah mahu membantu yang lain.

Kalau sendiri pun belum cukup makan, lagikan pula mahu disuap ke mulut orang lain. Bukan menyombong atau berat tulang. Cuma mengambil pengajaran dari pengalaman.

Boleh tolong orang selagi tak menyusahkan diri sendiri. Kadang kadang, kena juga selfish. Bukan apa, takut yang ditolong tu lupa siapa diri dia dan akan ambil kesempatan nanti.

Pokok pangkalnya, diri sendiri.

Thursday 20 December 2012

Belum cukup lagi

Kadang terpejam, kadang tercelik, kadang beringat, kadang terlalai.
belum cukup lagi puaskan nafsu, sudah ada bala yang timpa.
belum cukup lagi luahkan cinta, sudah ada yang menduga.

kadang terluka, kadang kecewa, kadang derita, kadang merana.
belum cukup lagi hidup gembira, sudah mula hidup berduka.
belum cukup lagi tersenyum manja, sudah ada yang bermasam muka.

kadang tersakit, kadang terpulih, kadang tersenyum, kadang mencuka.
belum cukup lagi berbual mesra, orang ketiga menunjukkan muka.
belum cukup lagi masa untuk kita, ada yang cemburu buta.